23 Mac 2011 - 19:30

Menurut laporan awal, ledakan ini membunuh dan mencederakan berpuluh orang. Jurubicara kumpulan Jihad Islam mengatakan tindakan ini adalah reaksi biasa kepada jenayah regim yang menjajah rakyat Palestin. Katanya, "Serangan ini adalah jawapan kepada serangan-serangan regim Zionis pada beberapa malam sebelum ini".

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Ledakan bom dalam sebuah bas di Humah, Baitul Maqdis telah melukakan 30 Zionis. Salah satu sumber tempatan menyebut, kemungkinan seorang daripada mereka terbunuh.Walau bagaimana pun laporan awal mengatakan letupan tersebut menyebabkan puluhan orang terbunuh dan cedera. Polis regim Zionis juga turut menutup seluruh jalan menuju ke tempat kejadian sejurus setelah letupan.Tempat ledakan bom terletak beberapa ratus meter tidak jauh dari bangunan-bangunan kementerian luar dan perdana menteri Israel serta beberapa pentadbiran kerajaan.Jurubicara batalion al-Quds sayap Jihad Islam, Abu Ahmad memaklumkan bahawa operasi syahid ini adalah reaksi biasa terhadap jenayah regim Zionis ke atas warga Palestin. Beliau mengatakan, "Serangan ini adalah tindakbalas terhadap beberapa serangan Zionis ke atas warga Palestin pada malam-malam lalu".Sebelum ini sekurang-kurangnya lapan orang dilaporkan terbunuh dalam siri kekejaman Zionis terhadap rakyat Palestin.Abu Ahmad menegaskan, "Kebangkitan Palestin hari ini lebih gagah dari kelmarin dan ia mampu memberikan jawapan kepada jenayah Zionis di setiap masa".Beliau menambah, "Letupan al-Quds membawa pesanan kepada musuh, yakni Zionis bahawa jenayah terhadap warga Palestin tidak akan dibiarkan tanpa jawapan dan balasan. Kebangkitan Palestin akan memberikan reaksi terhadap jenayah ini.Salah seorang pemimpin sayap Jihad Islam Palestin turut menegaskan, "Operasi-operasi Quds membawa pesanan kepada regim Zionis bahawa perjuangan Palestin mempunyai kekuatan untuk mempengaruhi Zionis secara mendalam".